Friday 30 December 2011

CHAPTER 156

assalamualaikum

aku takkan menghancurkan kebahagiaan orang yang aku sayang
sebab aku tak sanggup untuk melihat mereka kecundang
aku tak sanggup untuk melihat air mata jernih jatuh ke pipi mereka
aku tak sanggup melenyapkan senyuman dan tawa mereka
aku tak sanggup untuk melihat mereka bermuram durja

tapi
aku juga takkan akan membiarkan orang lain menghancurkan kebahagiaan aku
aku aku seorang yang ego
pentingkan diri sendiri
tapi itu dri sebenar aku
kalau aku tidak bersifat sedemikian rupa
manusia yang tidak berperikemanusiaan ini akan memijak kepala

aku pernah biarkan orang menyakiti hati aku dulu
ye dulu
kenangan 2011 memang susah untu aku lupakan
macam-macam yang terjadi pada tahun 2011

buat pertama kalinya pada tahun itu aku merendahkan ego aku
aku boleh menjadi seorang yang penyabar
hahahahahha
memang giler lah aku kan

tapi mungkin itu semua kenangan yang tak sepatutnya di kenang
aku teringat kata seseorang itu
''memory deleted''
hahahahahahahahahahahahahahahahahaah


Saturday 17 December 2011

CHAPTER 155

BUAT LELAKI JATUH CINTA DENGAN KAMU

*jadilah diri sendiri

*dapatkan perhatiannya. Si dia tidak mungkin membayangi kamu jika dia tidak sedar akan kewujudan kamu

*minati apa yang dia sukai, dari mana dia berasal, ke mana dia ingin pergi, dan juga tunjukkan siapa diri kamu dengan jujur

*jangan cuba berbicara dengannya setiap waktu atau setiap saat kerana dia akan merasa sangat terganggu dan tidak menyukai kamu

*milik ''sense of humour'' jika kamu terlalu serius pada segala hal, kamu orang yang membosankan!

*dia mungkin akan menaruh rasa pada kamu jika kamu memiliki sedikit sifat menggoda 

*cubalah hanya bersendirian sahaja jika kamu ingin dia mengajak kamu keluar

*jangan buat diri kamu terlalu ''available''

JODOH DAH PERTEMUAN TU DI TANGAN ALLAH, KITA HANYA MAMPU BERUSAHA
TAPI JANGAN TERLALU BERHARAP
NANTI DIRI SENDIRI KECEWA

Friday 16 December 2011

CHAPTER 154

assalamualaikum

rafiqah, memang lah tu yang sedap nye
hahahahahaha

penat lah oi
asyik patah balik balik patah
umah pasir gudang

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
mungkin tahun ni aku guna beg jenama OCEAN PACIFIC
mesti koang tak pena dengar an
hahhaha
ain kan slalu nak yang EKSKLUSIF
dia sorang je yang pakai
hahhaha
tu jenama singapore lah

hahahhahahah
k lah malas nak cte byk2
pnat nak taip
bye

Wednesday 14 December 2011

CHAPTER 153

SI DIA 100% MAHUKAN KAMU JIKA:

*memberikan layanan yang begitu baik kepada kamu misalnya tidak pernah tinggikan suara, mengambildan menghantar kamu ke tempat kerja, mengambil berat makan dan minum serta kesihatan kamu

*setiap hari sebelum tidur akan menghubungi kamu untuk ucapkan selamat malam

*tidak pernak malu untuk memperkenalkan kamu pada sesiapa sahaja kamu adalah insan yang paling rapat dengannya andai ada sebarang majis yang melibatkan teman-teman kamulah yang di pilih sebagai pasangannya

*si dia sentiasa jaga hati kamu dan paling takut kamu merajuk. pelbagai cara di lakukannya untuk memujuk kamu

*tidak pernah berkira dengan kamu dan sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan apa yang kamu suka 

* bersedia untuk bertemu dengan orang tua mu pada bila-bila masa


SI DIA 50/50 DENGAN KAMU JIKA:

*mengikut ke mana sahaja kamu pergi tetapi apabila bertemu dengan orang yang dikenalinya cepat-cepat si dia cuba menjauhkan diri dari kamu
*apabila dia menyakitkan hati kamu si dia akan meminta maaf tetapi andai kamu tidak memaafkannya atau masih lagi marah, si dia akan buat tidak tahu dan menunggu kamu datang padanya terlebih dahulu

*masih berkira-kira mengeluarkan wangnya untuk kamu. kalau setakat belanja makan dan minum mungkin masih boleh di pertimbangkan lagi tetapi kalau untuk beli yang kamu suka seperti pakaian atau kasut tidak mungkin sama sekali si dia sanggup

*sekiranya kamu berkawan rapat dengan orang lain si dia cemburu tetapi tida menyatakannya sebaliknya akan bertindak sama dengan kamu iaitu dengan membuat kamu pula cemburu

*apabila kamu bertanyakan tentang perhubungan, si dia memberi jawapan ''Sayang tetapi belum bersedia'' ataupun ''Berilah masa untuk berfikir'' jadi kamu masih punya harapan


SI DIA HANYA ANGGAP KAMU TEMAN BIASA JIKA:

*tidak pernah sekalipun si dia minta kamu menemaninya keluar bersama teman-temannya 

*kamu berdua jarang berjumpa atau berhubung melalui telefon sebaliknya banyak berkomunikasi melalui sms dan 'chatting'
di internet

*si dia tidak pernah ambil berat tentang masalah kamu dan andai kamu sedang bersedih apa yang si dia cuba lakukan buat kamu ketawa tetapi tidak pernah mahu berkongsi apa yang kamu alami

*setiap kali kamu berdua bicara soal percintaan si dia akan membayangkan atau menceritakan tentang perempuan lain bukan kamu

*dalam perhubungan kamu yang terlebih memberi dan begitu mengambil hatinya. sedangkan si dia tidak sebaliknya

Tuesday 13 December 2011

CHAPTER 152

assalamualaikum

okay 
sekarang ada perkembangan terbaru tau
aku
NUR'AIN MOHAMED SALLEH
dah
IN A RELATIONSHIP
hahahahahhahaahahahahahhahahaha

jangan terkejut ye
in a relationship with SPM lah
aku dah kene fokus 100% kat boyfee aku ni
bahaya kalau tak concentrate kat boyfee baru aku ni

sayang
be nice to me okay
after 1 year kita break
okay sayang??
hahahahhaah
mesti korang ingat aku dah biol kan

so sekarang aku dah ada tanggungjawab ye
iaitu
menumpukan perhatian 100% kat boyfee aku
sorry kawan2
doakan supaya aku sentiasa setia dengan dia tau

i will try the hardest to love you
and to love all your characteristics
i will pay attention to you
i will be faithful to you


Monday 12 December 2011

CHAPTER 151

assalamualaikum

GOOD EVENING!!
hehehehhehehe
apa khabar semua, sehat ke tak
ceh aku ni excited nak tulis 
macam ada orang nak baca

so what
suka hati aku lah nak tulis ke tak
ada aku kesah
hahhahaha
sorry lah, memang masa cuti skolah wayar aku dah x berapa nak betol
asl cuti skolah je aku tak betol

the truth is
aku miss skolah aku very much
aku miss nak gi kantin nan kawan2 aku
kita org memang slalu rehat sama2
port kita orang kat pondok depan kelas pendidikan khas

klu time rehat memang muke kitaorg kat situ
klu x de kat situ ada kat 2 kelas ni
sama ada kelas 4sc2 atau 4sc4
tu tiga jelah x de kat tempat lain

what happen to me??
nothing much
just jalani kehidupan seperti biase
aku just duduk kat rumah
dan tolong ibu buat kerja rumah sikit2

it's real
aku dah jarang gune phone
aku dah mcm mlas nak guna lagi
untuk apa aku pegang phone mcm yang slalu aku buat dulu
membuang masa, tenaga dan duit aku je
lagi satu aku asyik berkepit je ngan lappy aku
sekarang aku tengah gile kan movie harry potter
aku nak tengok dari first sampai akhir
 so hidup ni kita kene enjoy

enjoy, enjoy jgak 
tapi jangan lupa dengan kewajipan kita sebagai seorang islam

Friday 9 December 2011

CHAPTER 150

assalamualaikum

hello semua!!

insyallah bulan 2 aku akan berpindah ke rumah baru aku
hehe
happy nye

apa perkembangan baru aku masa cuti sekolah
macam biase je kot
cuma aku dh agak berisi sikitlah

and aku dh agak bz nak 
ulang alik kat umah baru
sebab nak tahu perkembangan renovation kan
pastu 25/12/11
ada kerja kahwin
sepupu aku kahwin
tu je lah
agak bz jugak lah

so, hidup ni kita kene enjoy!!
tapi jangan lupa akan kewajipan kita sebagai seorang muslim :)

Monday 5 December 2011

CHAPTER 149


TARIKH LAHIR ANDA .

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

CHAPTER 148

assalamualaikum

akan aku lakukannya
 
aku bukannye anak patung yang boleh kau buat main
aku bukannye simen yang boleh kau pijak sesuka hati
aku bukannya tisu yang kau cari bila kau perlukannya dan buang ketika dah habis guna
 aku bukannya tong sampah yang menerima segala benda yang tak diperlukan lagi
aku seoarang manusia 
aku juga mempunyai nama seperti manusia yang lain
nama aku
NUR'AIN MOHAMED SALLEH

aku juga mempunyai perasaan seperti manusia yang lain
aku tahu untuk
SENYUM bila aku suka
KETAWA bila aku gembira
SEDIH bila aku disakiti
MENANGIS bila aku ditinggalkan



Thursday 1 December 2011

CHAPTER 147

assalamualaikum

sekarang aku just tak sabar nak pindah
aku harap penghijrahan aku ini
dapat membantu aku
untuk menjalani hidup aku dengan lebih tenang
insyaallah

kadang-kadang kita sebagai manusia 
boleh menjadi lemah disebabkan manusia yang lain
kata-kata diorang
boleh buat kita menangis
boleh buat kita menjadi gila kerana tertanya2 kenapa dia berkata begitu

ini semua terjadi kepada aku
kadang2 sampai tahap
kita tak boleh terima kenyataan

bersabarlah umat islam
tepuk dada tanya selera
jangan membuang masa untuk sesuatu yang belom tentu jadi milik kita