SI DIA 100% MAHUKAN KAMU JIKA:
*memberikan layanan yang begitu baik kepada kamu misalnya tidak pernah tinggikan suara, mengambildan menghantar kamu ke tempat kerja, mengambil berat makan dan minum serta kesihatan kamu
*setiap hari sebelum tidur akan menghubungi kamu untuk ucapkan selamat malam
*tidak pernak malu untuk memperkenalkan kamu pada sesiapa sahaja kamu adalah insan yang paling rapat dengannya andai ada sebarang majis yang melibatkan teman-teman kamulah yang di pilih sebagai pasangannya
*si dia sentiasa jaga hati kamu dan paling takut kamu merajuk. pelbagai cara di lakukannya untuk memujuk kamu
*tidak pernah berkira dengan kamu dan sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan apa yang kamu suka
* bersedia untuk bertemu dengan orang tua mu pada bila-bila masa
SI DIA 50/50 DENGAN KAMU JIKA:
*mengikut ke mana sahaja kamu pergi tetapi apabila bertemu dengan orang yang dikenalinya cepat-cepat si dia cuba menjauhkan diri dari kamu
*apabila dia menyakitkan hati kamu si dia akan meminta maaf tetapi andai kamu tidak memaafkannya atau masih lagi marah, si dia akan buat tidak tahu dan menunggu kamu datang padanya terlebih dahulu
*masih berkira-kira mengeluarkan wangnya untuk kamu. kalau setakat belanja makan dan minum mungkin masih boleh di pertimbangkan lagi tetapi kalau untuk beli yang kamu suka seperti pakaian atau kasut tidak mungkin sama sekali si dia sanggup
*sekiranya kamu berkawan rapat dengan orang lain si dia cemburu tetapi tida menyatakannya sebaliknya akan bertindak sama dengan kamu iaitu dengan membuat kamu pula cemburu
*apabila kamu bertanyakan tentang perhubungan, si dia memberi jawapan ''Sayang tetapi belum bersedia'' ataupun ''Berilah masa untuk berfikir'' jadi kamu masih punya harapan
SI DIA HANYA ANGGAP KAMU TEMAN BIASA JIKA:
*tidak pernah sekalipun si dia minta kamu menemaninya keluar bersama teman-temannya
*kamu berdua jarang berjumpa atau berhubung melalui telefon sebaliknya banyak berkomunikasi melalui sms dan 'chatting'
di internet
*si dia tidak pernah ambil berat tentang masalah kamu dan andai kamu sedang bersedih apa yang si dia cuba lakukan buat kamu ketawa tetapi tidak pernah mahu berkongsi apa yang kamu alami
*setiap kali kamu berdua bicara soal percintaan si dia akan membayangkan atau menceritakan tentang perempuan lain bukan kamu
*dalam perhubungan kamu yang terlebih memberi dan begitu mengambil hatinya. sedangkan si dia tidak sebaliknya